Pihak YSR telah bekerjasama bersama Persatuan Mahasiswa Hindu (PMH) UTM Skudai, Johor dan menganjurkan Program ‘Helping Hands’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya pelajar Tingkatan 4 & 5. Objektif program ini adalah bagi membimbing pelajar-pelajar ini ke arah masa depan yang cerah serta memberikan sokongan kepada mereka untuk meneraju zaman persekolahan mereka ini. Turut hadir dalam program ini adalah Dr. Gobi Krishna Sinniah (Pensyarah Kanan, UTM merangkap Penasihat PMS UTM) dan Siswa-Siswi PMS UTM.