News & Activities

YSR / ALL ACTIVITIES /

YSR TELAH DIJEMPUT BERSAMA DALAM MESYUARAT PENYELARASAN TAPAK KHAIRAT KEMATIAN ORANG HINDU DI JOHOR BAHRU.

Pihak YSR telah dijemput bersama dalam Mesyuarat Penyelarasan Tapak Khairat Kematian Orang Hindu di Johor Bahru. Dalam perbincangan ini yang dipengerusikan oleh YB Raven Kumar A/L Krishnasamy (EXCO Kerajaan Negeri Johor), SAC (B) YB Dato’ Sugumaran A/L Raman (Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah) telah pun mengetengahkan kepentingan serta keperluan Tapak Khairat ini bagi Orang Hindu di Daerah Johor Bahru. Masalah ini telah berlarutan selama 20 tahun dan sehingga kini belum ada jalan penyelesaian. Menerusi perbincangan bersama ini, satu jalan penyelesaian telah pun dipersetujui iaitu tapak yang telah dikenalpasti serta diluluskan sebelum ini dikekalkan. Pihak YSR sebulat suara menyokong penuh dengan keputusan YB K. Raven Kumar (EXCO Kerajaan Negeri Johor), YB R. Vidyananthan (Pengerusi MIC Negeri Johor) serta Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Setempat supaya tapak yang dikenalpasti ini dikekalkan bagi kegunaan Tapak Khairat Kematian Masyarakat Hindu di Daerah Johor Bahru. Pihak MBPG telah pun diminta agar membawa perkara ini kepada perhatian YAB MB agar tapak ini dikekalkan dan urusan pengeluaran sebutharga dibuat dalam kadar segera.Turut bersama dalam Mesyuarat ini Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman (Datuk Bandar MBPG) serta Pemimpin-Pemimpin Setempat.

BACK TO LIST